Assalamulaikum semua! Maaf sangat-sangat sebab dah lama betul saya tak update blog ni. Maaf buat korang tertunggu-tunggu (crying face).
Untuk post kalini, saya nak terangkan sedikit berkaitan tajuk yang saya dah mention di header tu, iaitu buku tunai runcit. Sambungan dari post sebelum ni iaitu buku tunai. Untuk buku tunai runcit ni berbeza sedikit dengan buku tunai biasa, formatnya pun lain sedikit, tapi lebih mudah sebab, kita akan rekod yang tunai di tangan sahaja, kata mudah cash. Buku tunai runcit ini, kita akan rekod pada setiap hari, dengan menggunakan peruntukan yang akan diberi oleh juruwang pada setiap awal bulan. Sekiranya perbelanjaan bulan ini ada lebihan, maka kita akan bawa baki itu ke bulan hadapan.
Tumpang! If korang nak ada latihan akaun, tapi malas nak keluar pergi kedai dan tak nak ada buku fizikal, boleh dapatkan latihan berbentuk pdf di sini: SPM E-Books
Ok sambung. Gambar di bawah ini adalah format bagi buku tunai runcit. Nampak seakan sama seperti buku tunai biasa, tapi berlainan cara merekodnya. Ingat, buku tunai runcit ini perlu direkod yang hanya menggunakan transaksi tunai di tangan sahaja dan juga tidak melibatkan urusan jual beli barang niaga.
| Buku Teks Perakaunan Tingkatan 4 |
1. Tarikh: Tarikh yang direkodkan bila transaksi itu dibuat.
2. Butir: Tujuan transaksi itu dibuat. Contoh, urusan apa peniaga buat yang melibatkan pengeluaran duit itu?
3. Folio: Kebiaasaan ditulis apabila menerima wang tunai bulanan dari juruwang.
4. No. Baucer: Boleh dapatkan di dokumen transaksi itu.
5. Penerimaan (debit): Peruntukan wang tunai yang akan diterima dari juruwang.
6. Pembayaran (kredit): Pembayaran yang dibuat oleh peniaga, yang hanya melibatkan wang tunai dan selain daripada transaksi urus niaga
7. Analisis bayaran: boleh tulis kategori yang ada sahaja daripada dokumen-dokumen diberi. Sebagai contoh, dulu saya akan baca dulu yang transaksi atau dokumen yang terlibat dengan perekodan buku tunai runcit, dan saya akan mengenal pasti dahulu transaksi ini dalam kategori apa. Baru saya akan buat kolum untuk analisis bayaran tersebut.
Untuk penerimaan tunai, peniaga akan tetapkan dahulu berapa jumlah yang diperuntukkan untuk perbelanjaan harian selama sebulan dan perlu direkod dalam pengeluaran tunai di buku tunai biasa. Boleh tengok contoh gambar bawah ni:
| Buku teks perakaunan tingkatan 4 |
| Buku teks perakaunan tingkatan 4 |
Untuk analisis bayaran, tengok pada transaksi yang terlibat. Tapi kebiasaan memang akan ada alat tulis dan belanja pejabat, boleh tambah lagi satu column untuk kategori lain. Kalau selain daripada tiga2 jenis belanja, masukkan saja ke pelbagai. Seperti saya buat untuk transaksi grab dan upah hantar. Kalau awak buat semua jenis belanja letak dekat analisis bayaran tu, alamatnya tak cukuplah ruang dekat kertas korang.
Okay, cuba korang tengok dekat jumlah bayaran pada bulan Jan, amaunnya adalah sebanyak RM388, dan peniaga telah membelanjakan sebanyak RM112, untuk tunai runcit ini. Macam mana saya dapat RM388? Saya tolak jumlah yang diterima RM500 dengan jumlah yang dia sudah belanja iaitu RM112, dapat baki RM388.
Baki inilah yang akan kita bawa ke bulan hadapan, iaitu bulan Februari pula. Lepastu sampai lah bila-bila.
Jadi untuk bulan Februari, kita dah ada RM388, tapi juruwang dah tetapkan, setiap bulan tunai runcit akan diperuntukkan RM500. Jadi macam mana nak cukupkan RM500?
Seperti dalam gambar atas tu, saya buat total untuk dua2 column, penerimaan dan bayaran sebanyak RM500.
Jadi, seperti yang korang tengok, RM112, saya rekod sebagai "bank". Bermakna, bulan Februari juruwang perlu menambah sebanyak RM112, bersamaan jumlah yang peniaga telah belanja pada Januari lepas. Tambah dengan baki b/b Feb, dapatlah keseluruhan sebanyak RM500. Dan akan berulang sampai lah bila2. Oh ye, macam biasa, juruwang akan tambah lepas dah dikeluarkan dari bank, catat dahulu dalam buku tunai biasa.
Korang nampak tak keseluruhan transaksi yang direkod dalam tunai runcit ni? Beginilah cara rekodnya. Mudahkan? Rasanya lebih mudah dari buku tunai biasa.
Setakat ini sahaja untuk post kalini. Maaf lambat sangat2 saya buat blogging ni. Ini pun saya buat dalam keadaan mata yang sangatt kuyu, haha. Terima kasih sebab luangkan post saya kalini.
Kalau korang tak faham, atau ada bahagian-bahagian yang korang perlukan penerangan lebi terperinci, boleh komen dibawah tau. Insha Allah saya akan cuba buka selalu untuk tahu keadaan post ni.
Jawapan saya buat tu dalam excel, so korang boleh la belajar sikit-sikit tentang excel ni. Nanti dh masuk uni/kolej, excel ni jadi bff korang if korang amik akaun lah haha.
Nahhh, dekat bawah ni, link shopee: Microsoft Excel from Beginner to Advance!. Mur2 je korangg, grab cepat2. Cepat belajar cepat pandaii!
Sekian terima kasihh.
Comments
Post a Comment