Kebaikan atau keburukan memiliki sahabat? Pengalaman hidup di mana pernah mempunyai seorang sahabat/kawan baik.
Sebuah persahabatan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T sangat lah indah dan bermakna buat hidup kita. Penyokong kita dari belakang untuk kita sendiri berjuang di atas perjalanan yang kita sedang jalan. Walaupun apa pun yang berlaku, dialah yang sentiasa ada di sisi kita bersama-sama harungi halangan dan cabaran supaya merasai kesakitan dan kebahagiaan bersama.
Okay dah cukup untuk ayat berpujangga di atas. Sekarang saya nak kongsi sedikit pengalaman yang saya lalui dari kecil sehingga ke besar berkaitan topik yang dinyatakan untuk post hari ini.
Apa
yang saya faham sewaktu dahulu, persahabatan ni hanya dua orang saje. Sekarang ni tidaklah,
saya dah faham persahabatan boleh lebih pada dua orang. Suatu hubungan yang bukan
semua dapat rasa, hubungan antara kawan-kawan yang sanggup berkorban untuk
melindungi setiap sahabat mereka, berkorban untuk bahagia sama-sama.
Saya kalau berkenaan sahabat ni agak sensitif. Sebab acap kali ada kawan baik kesudahannya, gaduh juga. Bukan salah dorang, memang saya akui salah saya hihi. Bila ingat balik, saya terfikir, kenapalah perangai aku begitu. Sampai sekarang ni, saya langsung takda kawan baik. Memang bila dah masuk 20 series ni kan, banyak berfikir eh? Berputar kepala ni dok fikir pasal hidup sendiri. Belum fikir lagi pasal perancangan masa depan. Fuhhh kalau korang rasa tak sabar nak masuk umur 20-an, perlu fikir panjang apa yang saya cakap ni ye. Bukan semudah atau seseronok yg korang sangkakan. Please, enjoy your day at the age of 17 or below than that. Umur-umur macam ni korang tak perlu fikir sangat tentang hidup di dunia luar ni, sebab macam-macam ragam yang kita akan jumpa nanti bila dah berhenti sekolah. Nak fikir boleh je. Boleh buat preparation lebih awal supaya tamat sehaja zaman persekolahan takdelah terkial-kial atau bak kata orang "culture shock" sangat.
Back to topic, maybe ada yang macam saya, nak sangat ada kawan baik, tapi bila dah dapat, bergaduh, tak serasi, tiba-tiba dia jauhkan diri. Itu biasa, tak semua org boleh blend dengn kita, dan semestinya kita tak boleh paksa dorang untuk rapat dengan kita kerana dia ada hak untuk pilih sesiapa yang dorang nak berkawan. Kekadang dia jauh dari kita sebab kesalahan kita juga, perangai kita and sebagainya. Memang kita akan cakap "just terima jelah kekurangan aku, kata sahabat, mesti kena bantu diri masing-masing" Guys, kekurangan kita kenalah pandai-pandai improve diri sendiri. Walau rapat macam mana sekali pun, kita still ada kehidupan kita masing-masing. Ada masa tertentu kita ingin bersendirian juga.
Saya cakap ni based on experience. Nampaklah salah saya dekat mana tu. It's okay, benda pun dah lepas and saya kena terima dan maafkan diri saya yang dulu. Jadikan apa yg saya dh lalui ni, perbaiki untuk masa sekarang and future. Korang pun kena buat juga okay? Cun!
Kalau sekarang korg tngh baca ni, ada perselisihan faham, bincang elok-elok. Kita pun sendiri kena muhasabah balik, kalau ada apa-apa kesalahan kita buat. Takpun tanya terus, tak perlu bersimpang-siur kalau tidak makin panjang kes tu nanti. Kesudahannya masing-masing buat hal sendiri. But kalau memang dia sendiri diamkan diri, memang tak nak tegur dah, memang lalu sebelah pun buat tak tau saje, biarkan dia. Kita kena biarkan untuk dia pilih hidup dia maacm mana. Sakit tu mmg sakit. Tapi kalau dipaksa masing-masing unutk bersahabat semula tapi keikhlasan tu tiada, lagi sakit. Nanti kwn korang tu dah rapat dengan org lain then layan korang macam acuh tak acuh, kita yg terkelu nnti. Jadi ada baiknya lupakan dia awal-awal, kita cari kawan lain. Ha senang saja kerja saya haha.
Mmg semua orang takkan faham masalah kita sepenuhnya. Sebab bagi saya, Allah hadirkan org sekeliling kita untuk membantu, menasihati kita, sebab yg akan selesaikan masalah kita, adalah diri kita sendiri. Bukan org lain. Org lain hanya mampu bagi pendapat saja. So, jangan rasa bila dah ada sahabat ni, semua benda nak kena sahabat tolong selesaikan. Mereka hanya penyokong dan peneman korang. Bukan untuk gantikan tempat korang selesaikan masalah tu. Kita sndiri yang perlu fikirkan perancangan dan strategi. If memerlukan masa yg panjang, it's okay. Tujuan kita untuk mencari solusi yang terbaik terhadap masalah kita.
Untuk bahagian sesi luahan, walaupun umur dah 21 tahun ni, baru saya faham and sedar, bukan semua org yang ada dengan kita boleh faham apa yang kita luah. Maksudnya saya baru tau, it's normal thing bila kita dah luah, tapi cara dia balas luahan kita tu, agak tidak memuaskan. Contoh macam saya sendiri, kalau saya nak luah, saya perlu orang yg serius, yang mesti sama-sama rasa kesedihan tu, dengan kata mudah kita sama-sama nak ada rasa emotion tulah. At the same time, dia akan beri semangat and maybe tegur saya dengan keadaan yang tenang. But apa yg saya dapat respon daripada dia (kawan), tak macam apa yang saya nak. Sebaliknya, dia akan suruh kita chill, bila saya luah dia macam tak beberapa fokus, tak serius dan buat lawak. Saya faham dia usaha untuk buat saya happy balik bila time saya tengah sedih dan down masa saya luah tu.
Don't get me wrong. Dalam hal ni, memang dua-dua sebenarnya tak salah, tapi tak kena pada orang yg betul. Saya sendiri mula-mula geram dengan dia but bila saya tanya kawan yang lain, baru saya faham. Kebiasaan bila saya lepas luah ni memang agak emosi sikit. But now, bila nak luah tu, kena pergi dekat orang yang kita rasa, dia boleh buat kita rasa lega. Serius, lepas saya luah dekat kawan saya tu, lagi tertekan rasanya haha. Tapi saya tahu itu bukan salah dia. Begitulah cara dia tenangkan kawannya. Kalau dia ada problem, dia akan pendam sendiri then dia akan auto lupakan terus. Bagi orang lain, seperti saya ni, susah nak buat begitu. Paling-paling pun memang kena luah juga. Kalau pendam pun, saya akan simpan dan akan asyik teringat-ingat di fikiran. But, sebetulnya kita kena solve our problem, no matter what it is. By the way, memang perangai dia sebegitu dan kita sendiri tak boleh paksa dia untuk berubah mengikut kemahuan kita. Paksa dia untuk lebih serius, sebab dia sendiri pun treat diri dia macam tu. Itu dah memang character kekal dia. Kita sendiri kena cari alternatif lain. So, saya harap korang faham part ni okay.
Nak kekalkan perhubungan sahabat ni, bagi saya ada masa susah ada masa mudah. Sentiasa bertolak ansur, masing-masing kena faham yang kita ada kehidupan peribadi, perlukan pengorbanan, dan macam-macam lagi. Saya bercerita ni pun dah macam orang bercinta pun ada haha. Bak kata orang, putusnya sebuah persahabatan lagi sakit putusnya sebuah percintaan. Bila sahabat kita dah pergi, nak jumpa sama yg macam dulu, sangat susah.
Even saya punya friendship dulu-dulu tak menjadi (sampailah sekarang), saya takkan lupakan momen-momen bahagia bersama sahabat saya dulu. Setiap apa yang berlaku, ada hikmah dan pengajaran yang saya dapat. Kalau tak berlakulah apa-apa pergaduhan, sampai sekarang saya still dengan perangai buruk saya. For now, memang saya tiada langsung bestfriend, and saya tau bukan saya seorang saja takde, but ramai lagi kat luar sana sama macam saya. Sedih tu memanglah sedih, tengok kawan-kawan yang lain ada geng-geng dorang, masing-masing dah ada bestfriend sndiri. Ada pula yg memang kawan dari sekolah, sampai sekarang rapat, makin rapat.
Jauh dari sudut hati, perasaan jeles, sedih, and sering timbul fikiran negatif seperti, "kenapa akut akde kawan sebaik macam dorang ada". But, saya perlu buang jauh-jauh fikiran dan perasaan begitu. Allah dah tentukan takdir hidup kita macam mana. Mungkin kebahagiaan kita bukan pada sebuah persahabatan, tetapi dengan cara lain. Bahagia ni bukan satu spot saja kita kena teguhkan. Ada pelbagai aspek yang kita boleh amik kira. Maybe kebahagiaan kita with family, bahagia with pasangan korang or maybe bahagia dengan dunia yg korang ada.
Lagi satu, bila kita dah tak bertegur sapa dengan sahabat kita, biarkan dia pergi dan kita sesekali jangan pernah terdetik nak cerita kesalahan sahabat kita tu dekat org lain, walaupun dengan kawan baru kita sekali pun. Aib perlu disimpan, tak kesah lah orang lain punya malahan kita punya juga. Kita jaga aib org, Allah jaga aib kita.
So the conclusion is, nak mempunyai sahabat atau kawan baik ni tak salah. Kalau kita sendiri menjaga perhubungan tu kerana Allah, Insha Allah akan dipermudahkan urusan korang. Mula-mula memang saya fed up and memang dah tak nak ada kawan baik lagi dah, but who knows perancangan Allah kan? Maybe Allah nak hantar org perantaraan untuk menegur kita, atau ada sebab lain. Jadi saya terima saja. Allah tau apa yg terbaik untuk kita. Jangan berputus asa cepat sangat, usaha untuk jaga perhubungan korang, saling bermaafan kalau ada perselisihan berlaku dan sentiasa bila kita bahagiakan sahabat kita, secara tak langsung kita sekali akan rasa kebahagiaan tu, percayalah. Klu korg sendiri ada rasa dengki, or negative thinking dengan kebahagiaan dan kejayaan kawan korang, cepat-cepat buang dari minda anda ye. Ia akan meracuni hidup anda kelak.
Satu nasihat saya buat korang, yang kita sendiri pun selalu dengar, "hargailah persahabatan kita sekarang, jangan sia-siakan mereka". Tak semua orang bertuah untuk ada seorang insan yg bernama sahabat.
Comments
Post a Comment